Jam sudah pun 6 pagi..telefon bimbit Alya yg dikunci alarmnye pada malam tadi berbunyi samar disebelah telinga kirinya..Alya terus membiarkan telefon bimbitnya berbunyi tanpa sebarang respon..lagu Bonda dendangan M.Nasir dihentikan oleh kakaknya..dia sebenarnya agak terganggu dengan bunyi tersebut..Alya tersedar lalu bingkas bangun mnuju ke bilik air..air wudhuk yg diambil terasa dingin menegakkan roma-roma yg turut sama tidur sebentar tadi..
Dengan teliti..Alya memandang susuk tubuh tua yg telah selesai mengambil air sembahyang..
'adik nak sembahyang subuh?'..'Ya,abah..'jawab Alya terpinga-pinga..Dilihatnya abah menghamparkan tikar sejadah yg agak unik sulamannya..barangkali ini kali pertama Alya melihatnya..Alya bermonolog sendirian..'emm,makin tidak ku kenali barang-barang dirumah ini'..
Solat subuh telah selamat didirikan secara jemaah oleh mereka..Alya menyambut huluran tangan yg diberikan oleh abah..terlihat urat tua ditangannya..Alya sayu..namun tidak dibiarkan emosi mengawal perasaannya yang sebak memikirkan betapa sudah lama dia tidak berjemaah bersama abah..
'Cepat..pegi mandi!..'ape nak jadi ni..anak dara maghrib baru balik umah..' 'kalau main tu..tak ingat dunia'..bising abah kepada Alya..Alya bingkas ke kamar mandi namun terpaksa menunggu 'turn' dgn adik2 nya yg turut sama ingin mmbersihkan bdan setelah seharian bermain diluar..
'Abah kire smpai 3,sape yg tak siap lagi abah rotan!'..Pergh..ucapan yg sgt ditakuti telah diluahkan oleh abah..Alya pantas menyiapkan diri untuk berjemaah dgn abah..Lazimnya,Alya serta kakak,abang dan adiknya akan sembahyang maghrib berjemaah bersama abah..lalu setelah selesai mereka akan sama2 mengaji,,
Alya menggelengkan kepalanye..entah mengapa ingatan 8 tahun lalu kembali menjelma..Abah yg masih setia di tikar sejadah memerhatikan gerak geri Alya..abah seakan hairan dgn seribu pertanyaan..mengapa Alya masih tidak menyambung tidur malahan tersenyum sendirian..
Alya membiarkan abah dgn soalan2nya..dia meninggalkan ruang itu lalu menuju ke arah biliknye yg masih bergelap..kakaknya masih enak dibuai mimpi..tidak snggup rasanya Alya menggerakkan walau seinci tubuh kakaknya itu..
Nmun..seakan menyedari kehadiran Alya..kakaknya memandang ke arah tanpa sebarang suara..Alya hanya tersenyum kelat mencapai bantal busuknya yg sedari darjah dua tidak pernah dicuci..Begitulah Alya dengan kehidupannya..gadis yg masih mencari sesuatu dlam hidupnya..
Alya memaksa matanya untuk tidur..kerana hari yg menunggu penuh dgn jadual yg telah dirangka oleh ibunya..bimbang jua dia tidak dpat mmberi komitmen nanti..mata yg dipejamkan terus terpejam..sahutan burung2 diluar tidak dihiraukan lagi..selamat malam puteriku Alya..
semoge Allah sntiase brsamamu...